Kebanyakan orang percaya bahawa salah satu tempat yang paling selamat untuk menyimpan barang-barang berharga adalah di safe deposit box bank. Lagipun, bank-bank tersebut mempunyai sistem keselamatan yang terbaik serta 24jam.
Tetapi, anda tentu tidak mahu menyimpan salinan asal dokumen yang memerlukan akses segera, seperti resit, wasiat, arahan pengebumian, dan lain-lain di safe deposit box bank. Hal ini kerana untuk melakukan sesuatu urusan safe deposit box bank amatlah rumit. Oleh itu, ibarat satu keperluan kepada anda untuk mempunyai satu peti besi keselamatan yang kecil dirumah.
Berikut adalah 7 cadangan barangan yang patut disimpan di peti besi keselamatan di
rumah :
- Polisi insurans harta dan maklumat hubungan ejen.
- Pasport dan sijil kelahiran asal.
- CD atau cakera keras luaran yang mengandungi salinan digital semua gambar keluarga.
- Surat-surat penting yang berkaitan dengan pelaburan, pelan persaraan, akaun bank, dan maklumat hubungan yang berkaitan.
- Maklumat mengenai hutang tertunggak anda, tarikh pembayaran, dan maklumat kenalan.
- Barang-barang berharga: barang kemas, syiling, wang tunai, dan lain-lain.
- Kunci spare dan geran kenderaan.
No comments:
Post a Comment