Saturday, 22 March 2014

Pintu Bilik Kebal ( Vault Door)



Assalamualaikum Dan Selamat Malam


Hari ini izinkan saya berkongsi informasi mengenai Bilik Kebal. Bilik Kebal kebiasannya digunakan bagi menyimpan barangan sangat bernilai dan kebiasaannya digunakan oleh pihak bank, money changer, kedai emas, sekolah-sekolah (bagi penyimpanan kertas peperiksaan), bangunan milik kerajaan atau mana-mana institusi yang menyimpan pelbagai barangan yang sangat berharga.

Setiap bilik kebal haruslah dibina dengan ketahanan dan kualiti yang amat tinggi bagi menangkis sebarang percubaan pencerobohan. Pembinaan bilik kebal bkn seperti pembinaan bilik biasa kerasa lapisan dinding bilik kebal akan dipenuhi dengan segala macam ciri-ciri keselamatan yang perlu ada bagi sesebuah bilik kebal.

Dinding

Dinding bilik kebal kebiasaannya mempunyai ketebalan dari 30cm hingga ke 60cm bergantung kepada spesikasi yang telah dirangka oleh arkited. Steel plate, dawai besi dan kongkrit akan ditanam bagi didalam dinding bilik kebal agar dapat memberi ketahanan lebih kepada bilik kebal tersebut.


Juruteknik memberi konsultansi kepada kontraktor


Pintu Bilik Kebal

Setelah diding bilik kebal disiapkan oleh para kontraktor yang dilantik, Wall-opening akan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan pintu bilik kebal dilakukan oleh juruteknik. Pemasangan pintu bilik kebal juga bukan suatu proses yang mudah kerana memerlukan kepakaran tertentu. Anda bayangkan bagaimana hendak memasang Pintu Bilik Kebal yang kebiasaan mempunyai berat beranggaran 1 tan. Pelbagai proses harus dilakukan bagi memasang pintu bilik kebal kerana jika berlaku kesilapan walau sekecil 1cm boleh memberi impak kepada pintu bilik kebal dan boleh menyebabkan pintu bilik kebal tidak boleh ditutup atau pelbagai masalah lain yang boleh timbul. Pemasangan pintu bilik kebal juga harus dilakukan dengan sekali cubaan dan tiada sebarang ruang untuk kesilapan kerana pemasangan semula boleh merosakkan atau merendahkan kualiti pintu bilik kebal itu sendiri. Disyorkan kepada sesiapa yang bercadang memasang pintu bilik kebal hendaklah dilakukan oleh juruteknik pakar sahaja.

Spesifikasi

Ketebalan pintu bilik kebal juga bergantung kepada model dan jenama yang dipilih dan kebiasaannya ia mempunyai ketebalan dari 2" ke 4". Setiap pintu bilik kebal harus dilengkasi dengan 2 system kunci seperti kunci kombinasi atau kunci keylock. Berat pintu bilik kebal haruslah melebihi 600kg keatas. System emergency locking system juga adalah vital bagi kesemua pintu bilik kebal

Setiap Pintu Bilik Kebal akan dilengkapi dengan 2 lapisan pintu iaitu :-

  1. Pintu Kebal
  2. Pintu Jeriji


Jenama Pintu Bilik Kebal





Dipasaran Malaysia terdapat beberapa jenama yang boleh didapati seperti LION, FALCON dan CHUBB. Setiap jenama memberi kelebihan dan kekurangan sendiri dan bergantung kepada kemahuan anda berkenaan budget dan spesifikasi yang dimahukan.

Emergency Breathing Tube



Apa itu emergency breathing tube?  Emegency breathing tube adalah penting bagi sebuah bilik kebal kerana ia adalah ventilator saat berlaku kecemasan. Saya beri contoh senario mengapa ia penting.

"Seorang Pegawai bank ditugaskan mengira wang didalam pintu bilik kebal dan pintu bilik kebal harus ditutup bagi mengelakkan penceroboh masuk"

  1. Emergency Breathing Tube boleh dibuka bagi membenarkan pengudaraan masuk kedalam bilik kebal
  2. Jika berlaku kerosakkan pintu bilik kebal semasa pegawai tersebut didalam bilik kebal, oleh itu sebarang makanan dan minimum boleh dihulurkan melalui breathing tube sementara menunggu juruteknik pakar tiba dilokasi bagi proses force-open pintu bilik kebal tersebut
Emergency Breathing tube boleh dipasang berasingan atau terdapat beberapa model yang dilengkapi sekali dengan pintu bilik kebal.




1 comment:

  1. assalammualaikum bro knp selunya pembuka pintu bilik kebal berada di tengah tegah pintu bilik kebal?mohon penjelasan .

    ReplyDelete