Kebanyakkan peti besi yang digunakan untuk kediaman adalah bertujuan untuk melindungi kandungannya daripada kebakaran, kecurian atau kedua-duanya. Malah, ada juga sebilangan peti simpanan yang kalis air. Kepelbagaian produk-produk di pasaran kini telah memudahkan pembeli untuk memilih peti besi yang bersesuaian untuk keperluan masing-masing. Dalam proses pemilihan, adalah penting bagi pembeli untuk mengambil kira faktor-faktor berikut.
- Sebelum membeli peti besi untuk kediaman anda, pengguna haruslah terlebih dahulu mengenal pasti anggaran jumlah perkara yang akan disimpan di dalam peti besi tersebut. Ini adalah penting bagi membolehkan anda memilih saiz peti besi yang bersesuaian dengan
keperluan anda. Peti besi yang bersaiz kecil adalah lebih mudah untuk dilindungi dan terbukti bersesuaian digunakan untuk pelbagai keadaan. Saiz peti besi yang tipikal adalah bertinggian 8” lebar 10” dan mempunyai kedalaman 10”. - Pembeli juga digalakkan untuk mengetahui serba sedikit sistem penilaian kebakaran peti besi pilihan anda (safe’s fire rating). Sistem penilaian ini menunjukkan jangka masa peti besi tersebut berupaya untuk bertahan tanpa menyebabkan kandungan terbakar.
- Seterusnya, pembeli harus mengenal pasti sama ada peti besi yang diingini boleh diubah alih ataupun dipasang terus. Sekiranya peti besi yang boleh diubah alih menjadi pilihan, peti besi tersebut haruslah mempunyai saiz yang bersesuaian agar ianya boleh dibawa bersama dalam waktu kecemasan.Peti besi juga boleh dipasang terus dimana peti besi tersebut boleh di pijatkan ke lantai dimana wall-plug akan di ikat ke lantai dan peti besi.
- Selain daripada faktor-faktor di atas, penilaian tunai peti simpanan (safe cash rating) juga merupakan perkara penting yang perlu diambil kira. Penilaian ini khusus untuk mengukur tahap keselamatan peti tersebut untuk memastikan kandungannya terselamat daripada cubaan rompakan (burglar resistant). Biasanya, kejituan pintu dan dinding peti tersebut, kerumitan mekanisma penguncian dan kesukaran untuk memisahkan peti besi daripada lokasi asal adalah kayu pengukur bagi penilaian tersebut.
- Pembeli harus memilih sama ada ingin menggunakan sistem kod kombinasi ataupun penggunaan kunci untuk peti besi pilihan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Di antara kelebihan sistem kod kombinasi adalah keupayaan pengguna untuk menghafal kod kombinasi yang ditetapkan. Namun sekiranya sistem kunci digunapakai, kebarangkalian pengguna terlupa untuk mendapatkan kunci di waktu kecemasan adalah agak tinggi.
- Selain daripada perlunya bajet yang bersesuaian, pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan peti besi gred tinggi bergantung kepada keperluan masing-masing.
Peti besi yang khusus digunakan di kediaman adalah bertujuan untuk melindungi barang-barang seperti wang tunai, perhiasan kemas dan juga dokumen penting. Oleh yang demikian, peti besi berkualiti tinggi bolehlah dikatakan suatu pelaburan yang bijak dan amat digalakkan.
No comments:
Post a Comment