Saturday, 22 March 2014

Pintu Bilik Kebal ( Vault Door)



Assalamualaikum Dan Selamat Malam


Hari ini izinkan saya berkongsi informasi mengenai Bilik Kebal. Bilik Kebal kebiasannya digunakan bagi menyimpan barangan sangat bernilai dan kebiasaannya digunakan oleh pihak bank, money changer, kedai emas, sekolah-sekolah (bagi penyimpanan kertas peperiksaan), bangunan milik kerajaan atau mana-mana institusi yang menyimpan pelbagai barangan yang sangat berharga.

Setiap bilik kebal haruslah dibina dengan ketahanan dan kualiti yang amat tinggi bagi menangkis sebarang percubaan pencerobohan. Pembinaan bilik kebal bkn seperti pembinaan bilik biasa kerasa lapisan dinding bilik kebal akan dipenuhi dengan segala macam ciri-ciri keselamatan yang perlu ada bagi sesebuah bilik kebal.

Dinding

Dinding bilik kebal kebiasaannya mempunyai ketebalan dari 30cm hingga ke 60cm bergantung kepada spesikasi yang telah dirangka oleh arkited. Steel plate, dawai besi dan kongkrit akan ditanam bagi didalam dinding bilik kebal agar dapat memberi ketahanan lebih kepada bilik kebal tersebut.


Juruteknik memberi konsultansi kepada kontraktor


Pintu Bilik Kebal

Setelah diding bilik kebal disiapkan oleh para kontraktor yang dilantik, Wall-opening akan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan pintu bilik kebal dilakukan oleh juruteknik. Pemasangan pintu bilik kebal juga bukan suatu proses yang mudah kerana memerlukan kepakaran tertentu. Anda bayangkan bagaimana hendak memasang Pintu Bilik Kebal yang kebiasaan mempunyai berat beranggaran 1 tan. Pelbagai proses harus dilakukan bagi memasang pintu bilik kebal kerana jika berlaku kesilapan walau sekecil 1cm boleh memberi impak kepada pintu bilik kebal dan boleh menyebabkan pintu bilik kebal tidak boleh ditutup atau pelbagai masalah lain yang boleh timbul. Pemasangan pintu bilik kebal juga harus dilakukan dengan sekali cubaan dan tiada sebarang ruang untuk kesilapan kerana pemasangan semula boleh merosakkan atau merendahkan kualiti pintu bilik kebal itu sendiri. Disyorkan kepada sesiapa yang bercadang memasang pintu bilik kebal hendaklah dilakukan oleh juruteknik pakar sahaja.

Spesifikasi

Ketebalan pintu bilik kebal juga bergantung kepada model dan jenama yang dipilih dan kebiasaannya ia mempunyai ketebalan dari 2" ke 4". Setiap pintu bilik kebal harus dilengkasi dengan 2 system kunci seperti kunci kombinasi atau kunci keylock. Berat pintu bilik kebal haruslah melebihi 600kg keatas. System emergency locking system juga adalah vital bagi kesemua pintu bilik kebal

Setiap Pintu Bilik Kebal akan dilengkapi dengan 2 lapisan pintu iaitu :-

  1. Pintu Kebal
  2. Pintu Jeriji


Jenama Pintu Bilik Kebal





Dipasaran Malaysia terdapat beberapa jenama yang boleh didapati seperti LION, FALCON dan CHUBB. Setiap jenama memberi kelebihan dan kekurangan sendiri dan bergantung kepada kemahuan anda berkenaan budget dan spesifikasi yang dimahukan.

Emergency Breathing Tube



Apa itu emergency breathing tube?  Emegency breathing tube adalah penting bagi sebuah bilik kebal kerana ia adalah ventilator saat berlaku kecemasan. Saya beri contoh senario mengapa ia penting.

"Seorang Pegawai bank ditugaskan mengira wang didalam pintu bilik kebal dan pintu bilik kebal harus ditutup bagi mengelakkan penceroboh masuk"

  1. Emergency Breathing Tube boleh dibuka bagi membenarkan pengudaraan masuk kedalam bilik kebal
  2. Jika berlaku kerosakkan pintu bilik kebal semasa pegawai tersebut didalam bilik kebal, oleh itu sebarang makanan dan minimum boleh dihulurkan melalui breathing tube sementara menunggu juruteknik pakar tiba dilokasi bagi proses force-open pintu bilik kebal tersebut
Emergency Breathing tube boleh dipasang berasingan atau terdapat beberapa model yang dilengkapi sekali dengan pintu bilik kebal.




Friday, 21 March 2014

Lagi Peti Besi Keselamatan Terpakai


Bagi mereka yang mencari-cari peti besi terpakai kami ada beberapa model yang boleh dipilih bergantung kepada saiz, budget, jenama dan nature of usage yang anda mahukan. Sini saya tunjukkan contoh model home safe dimana ia sesuai bagi kegunaan rumah dan perniagaan kecil.

Pihak kami mempunyai beberapa model Home Safe dan bergantung kepada kehendak anda semua.



Spesifikasi

Model : Lion Home Safe

External380H x 507W x 445D (15" x 20" x 17.5")
Internal237H x 362W x 273D (9.3" x 14.3" x 10.7")
Weight200 kgs
Locking1 combination lock 
PaintNew Paint after sales comfirmation

Nota - Peti Besi Keselamatan jenis ini dimana ia hanya menggunakan 1 kunci kombinasi. dan tiada handle bar membuka. Jika betul kombinasi yang di masukkan maka terbukalah peti besi tersebut. Mudah sahaja!!

Selain itu ini adalah antara yang terbaik kerana diperbuat antara jenama terkemuka di malaysia iaitu Lion Safe.

Jika anda mahukan kombinasi dan keylock juga kami ada stock.

Peti Besi Keselamatan ini juga akan dicat baru sebelum penghantaran kepada pelanggan.




Harga : RM1,000.00 Nett ( Termasuk Penghantaran ke lembah klang)

Tambahan :

Penghantaran ke luar lembah klang - RM300.00/unit

Menaiki anak tangga - RM200.00/unit/tingkat  (sorry ini terpaksa dikenakan caj sebab BUKAN RINGANNNNN)
-kalau ada lif tidak akan di caj



Tuesday, 18 March 2014

PETI BESI KESELAMATAN TERPAKAI (SECOND HAND)

Untuk makluman semua, pihak kami juga ada menyediakan beberapa jenis peti besi keselamatan terpakai bagi mereka yang mencari peti besi yang lebih murah namun mempunyai kualiti setanding dengan peti besi keselamatan jenis baru.

1.   Setiap Peti Besi Keselamatan Terpakai yang dijual oleh pihak kami, akan kami pastikan kualiti di tahap tertinggi sebelum penjualan dilakukan.

2.  Setiap Peti Besi Keselamatan Terpakai akan di selenggara sepenuhnya oleh pihak kami dan tiada kompromi terhadap kualiti.

3.  Setiap Peti Besi Keselamatan Terpakai kami akan dicat semula bagi menyerlahkan rekaan dan rupa peti besi tersebut

4.  Setiap Peti Besi Keselamatan Terpakai kami juga akan dibekalkan dengan nombor kombinasi  baru serta set keylock baru.

5.  Setiap Peti Besi Keselamatan Terpakai kami akan dibekalkan jaminan 6bulan bagi kerosakkan locking mechanism jika berlaku sebarang kerosakkan.





Atas adalah contoh-contoh Peti Besi Keselamatan Terpakai kami yang 70% telah siap diselenggarakan dan akan dihantar kepada pembeli.

Namun stok bagi Peti Besi Keselamatan Terpakai kami adalah terhad dan bergantung kepada first come first serve basis.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Peti Besi Keselamatan Terpakai Sila Hubungi

Ridzuan Hashim - 0182827176 @ rafi.rashid@safeandvauts.com



Bagaimana Memilih Peti Besi Yang Bersesuaian Untuk Kediaman Rumah

Kebanyakkan peti besi yang digunakan untuk kediaman adalah bertujuan untuk melindungi kandungannya daripada kebakaran, kecurian atau kedua-duanya. Malah, ada juga sebilangan peti simpanan yang kalis air. Kepelbagaian produk-produk di pasaran kini telah memudahkan pembeli untuk memilih peti besi yang bersesuaian untuk keperluan masing-masing. Dalam proses pemilihan, adalah penting bagi pembeli untuk mengambil kira faktor-faktor berikut.
  1. Sebelum membeli peti besi untuk kediaman anda, pengguna haruslah terlebih dahulu mengenal pasti anggaran jumlah perkara yang akan disimpan di dalam peti besi tersebut. Ini adalah penting bagi membolehkan anda memilih saiz peti besi yang bersesuaian dengan
    keperluan anda. Peti besi yang bersaiz kecil adalah lebih mudah untuk dilindungi dan terbukti bersesuaian digunakan untuk pelbagai keadaan. Saiz peti besi yang tipikal adalah bertinggian 8” lebar 10” dan mempunyai kedalaman 10”.
  2. Pembeli juga digalakkan untuk mengetahui serba sedikit sistem penilaian kebakaran peti besi pilihan anda (safe’s fire rating). Sistem penilaian ini menunjukkan jangka masa peti besi tersebut berupaya untuk bertahan tanpa menyebabkan kandungan terbakar.
  3. Seterusnya, pembeli harus mengenal pasti sama ada peti besi yang diingini boleh diubah alih ataupun dipasang terus. Sekiranya peti besi yang boleh diubah alih menjadi pilihan, peti besi tersebut haruslah mempunyai saiz yang bersesuaian agar ianya boleh dibawa bersama dalam waktu kecemasan. 
    Peti besi juga boleh dipasang terus dimana peti besi tersebut boleh di pijatkan ke lantai dimana wall-plug akan di ikat ke lantai dan peti besi.
  4. Selain daripada faktor-faktor di atas, penilaian tunai peti simpanan (safe cash rating) juga merupakan perkara penting yang perlu diambil kira. Penilaian ini khusus untuk mengukur tahap keselamatan peti tersebut untuk memastikan kandungannya terselamat daripada cubaan rompakan (burglar resistant). Biasanya, kejituan pintu dan dinding peti tersebut, kerumitan mekanisma penguncian dan kesukaran untuk memisahkan peti besi daripada lokasi asal adalah kayu pengukur bagi penilaian tersebut.
  5. Pembeli harus memilih sama ada ingin menggunakan sistem kod kombinasi ataupun penggunaan kunci untuk peti besi pilihan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Di antara kelebihan sistem kod kombinasi adalah keupayaan pengguna untuk menghafal kod kombinasi yang ditetapkan. Namun sekiranya sistem kunci digunapakai, kebarangkalian pengguna terlupa untuk mendapatkan kunci di waktu kecemasan adalah agak tinggi.
  6. Selain daripada perlunya bajet yang bersesuaian, pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan peti besi gred tinggi bergantung kepada keperluan masing-masing.
Peti besi yang khusus digunakan di kediaman adalah bertujuan untuk melindungi barang-barang seperti wang tunai, perhiasan kemas dan juga dokumen penting. Oleh yang demikian, peti besi berkualiti tinggi bolehlah dikatakan suatu pelaburan yang bijak dan amat digalakkan.

Friday, 14 March 2014

Rompakan Peti Besi

Kota Kinabalu: Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila cubaan membuka peti besi keselamatan di sebuah kilang jubin di Jalan Kolombong, di sini, gagal selepas kegiatan mereka disedari sebelum melarikan diri dalam kejadian pada jam 5.30 pagi tadi.
Difahamkan, tiada sebarang kerugian dialami oleh pemilik kilang berkenaan apabila tindakan penjenayah disedari oleh beberapa pekerja di kilang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Sumber Harian Metro


Ini merupakan salah satu sebab penting mengapa anda harus memiliki peti besi keselamatan bagi setiap premis perniagaan tidak kira industry apa sekali pun anda berada sama ada gerai makan, kedai runcit, pembuatan, perladangan, trading atau apa jua. 

Besar kemungkinan penjenayah menggunakan kaedah fire torch bagi membuka peti besi keselamatan tersebut namun gagal kerana peti besi keselamatan mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti konkrit bagi manangkis cubaan menggunakan fire torch, anti-drill plate menggelakkan penjenayah bagi kaedeh tebuk dan emergency locking system dimana ia akan mematikan terus system operasi peti besi keselamatan jika tali emergency locking system terputus.

Wednesday, 12 March 2014

PRAY FOR MH370 #prayformh370 #mh370 #mas

                                   PRAY FOR MH370

    HANG ON GUYS WE ARE DOING OUR BEST TO FIND YOU